Hari ini, kondisi badan tak bagus.
Dalam dua tiga hari ini, akan ada perubahan besar dalam hidup saya. Tunggulah ya.
Ada seorang gadis.
Dah lama saya kenal.
Dah lama saya jumpa.
Makhluk-makhluk kurusiti rumah saya pun dah kenal.
Kenal sangat.
Saya kenal gadis yang dulunya, ayu, lembut, sentiasa tersenyum, gigh belajar, berbudi bahasa, dan pujaan ramai. Siapa tak nak gadis yang cantik mulus, berbudi bahasa, dan sangat manja bukan?
Tapi, makhluk kurusiti di rumah saya mengenalinya, hanya sebagai seorang gadis yang mempunyai masalah dalam perhubungan. Hummm...
Apapun, si gadis memang mempunyai masalah. Situasinya begini
Jadi, tidak lama kemudian gadis berkenalan dengan lelaki B. Lelaki B yang saya kira kacak, manja dan ada visinya. Ada rupa.
Namun si gadis masih takut untuk meninggalkan lelaki A. Takut dipukul lagi. Dulu sehingga berdarah bibir. Si lelaki B pula sudah kirimkan cincin tanda, dan sudah mengikuti kursus kahwin.
Masalahnya sekarang.
Gadis semakin tertekan.....
Jadi apa solusinya. Si gadis tanya saya.
Saya turunkan di bawah beberapa cara untuk membetulkan keadaan...
1. Buat Laporan Polis
Buat laporan polis kerana diganggu dan dicederakan. Itu solusi terbaik, memandangkan si A sudah melampaui batasan. Kalau mahu ganggu juga, silakan masuk lokap ya...
2. Beritahu Keluarga
Cara yang baik juga. Sekurang-kurang mak dan abah tahu apa yang sedang berlaku. Tidaklah mereka akan terkejut jika sesuatu berlaku.
3. Jangan Libatkan Pihak Ketiga
Gadis perlu selesaikan sendiri. Bukan mahu tunjuk pandai. Takut pula, nanti ada kawan rapat yang jadi musuh dalam selimut. Depan manis, belakang jadi Kak Pora, memedaskan berita yang biasa-biasa.
4. Mandremkan Je
Jumpa Ustaz, minta ayat pelindung sebagai amalan. Kita tak boleh 100% mengharapkan usaha kita sahaja untuk senang dalam kehidupan, tetapi memerlukan pertolongan dari Tuhan juga. Janganlah pula jumpa bomoh Siam suruh busungkan, atau jumpa Bobohizan, biar dia rasa kemaluan ada dekat dahi. Kesian....
5. Buat-buat Gila.
Eh tak boleh. Nanti jadi gila betul. Hahhahahahha.
6. Tenangkan Si B
B tu memang sayangkan gadis. Jadi gadis perlu ambil hati B. Jangan harapkan B faham situasi, gadis boleh bersenang lenang. Tidak. Siapa mahu makwenya jumpa bekas kekasih? Angkat tangan!
Itulah sahaja saranan saya.
Kamu ada cadangan?
Sebenarnya, seronok juga sesekala jadi Kak Sri Siantan nih...